By: Tuah Hanani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Monday, 5-Feb-2007 03:00 Email | Share | | Bookmark
Lagi lagi meow...

 
Ini adalah kucing kesayangan aku...
Namanya Hairy...
Tapi... dah mati di langgar dengan kereta jiran aku tahun 2001 dulu
Sedihnya aku...



Wednesday, 24-Jan-2007 05:07 Email | Share | | Bookmark
Kosheng ku lagi...

 
Yang ini namanya Logam. Dia menjadi kesayangan ayah dan mak aku...



Friday, 22-Dec-2006 04:02 Email | Share | | Bookmark
Aksi Kusheng ku...

 


Thursday, 14-Dec-2006 04:02 Email | Share | | Bookmark
Bouquet of Roses

 
Jambangan bunga ros ni aku dapat masa birthday aku yang lepas (4hb Oktober).




Friday, 8-Dec-2006 04:02 Email | Share | | Bookmark
Trip To BORNEO:Chapter 7 - Kota Kinabalu

 
 
 
View all 12 photos...
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Residensi Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000.

Trademark bandar Kota Kinabalu - Ikan Maling...?





Sejarah
Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah. Pusat pemerintahan yang baru itu dinamakan "Api-api" sempena memperingati kejadian kebakaran di Pulau Gaya.
Api-api kemudiannya bertukar nama sehingga tahun 1967 kepada "Jesselton" (diambil sempena nama Timbalan Pengurus Syarikat Berpiagam Borneo Utara British) dan seterusnya kepada "Kota Kinabalu" apabila Sabah mencapai kemerdekaan dan menyertai Malaysia. Kota Kinabalu merupakan pusat pentadbiran dan perdagangan bagi negeri Sabah. Bandar ini mempunyai pelabuhan yang baik.

Masjid Negeri Sabah
Masjid Negeri Sabah merupakan masjid negeri bagi negeri Sabah. Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Donald Stephens, Tun Mohd Hamdan Abdullah dan Tun Said Keruak




Pasar Philippine
Aku tak berapa dapat info mengenai Pasar Philippine ni.
Tapi dari pemandangan mata aku kat sini banyak di jual barang barang untuk dijadikan cenderamata.Barang kemas dari kristal atau batu zircon yang bermacam macam rupa dan warna dan tentunya yang teristimewa yang biasanya visitor cari di Sabah ni ialah MUTIARA... dan di sinilah tempatnya nak cari segala macam benda dari mutiara... dari yang berwarna putih, gold, pink, peach, hitam... rantai, loket, gelang, cincin, subang@anting anting dan macam macam lagi...












[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net