By: Tuah Hanani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 29-Nov-2006 04:02 Email | Share | | Bookmark
Trip To BORNEO:Chapter 6 (Part 3) - Gunung Kinabalu

 
 
 
View all 11 photos...
Tiba sudah di Gunung Kinabalu...
Cukuplah sekadar memandang dari jauh...

Gunung Kinabalu terletak di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Dengan ketinggian 4,095 meter atau 13,436 kaki dari aras laut menjadikan ia gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal
di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Pembentukan
Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut Cina Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.

Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan dan sukar dilihat dengan mata kasar.

Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter.


Ciri Fizikal
Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinusok Gravel iaitu satu tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.

Awan menyelimuti puncak Gunung Kinabalu


Hilang awan... tersergam indah keindahan puncak Gunung Kinabalu


Kemudahan dan teknologi ada di sini...






Laluan mendaki di Pondok Timpohon di Gunung Kinabalu


Gunung Kinabalu dari pekan Kundasang


Menikmati keindahan senja waktu on the way turun dari Kinabalu Park... mendamaikan




***Satu pengalaman yang cukup indah bila tiba di sini... cukup manis untuk dikenang... walaupun waktu datang tu cuaca sedang berjerebu.


Wednesday, 15-Nov-2006 04:10 Email | Share | | Bookmark
Trip To BORNEO:Chapter 6 (Part 2) - Kinabalu Park

 
 
 
View all 4 photos...
Bersabar dalam marah
Bertenang dalam gundah
Yakini dalam ragu
Senyum di dalam sendu
Banyak rahsia di sebalik wajah
Dari-MU kutemui sumber kekuatan


Saujana mata memandang...


Kedinginan... ketenangan... kedamaian...


Kesegaran...


Perjalanan ke Gunung Kinabalu semakin hampir... Nantikan ketibaannya...


Saturday, 11-Nov-2006 04:10 Email | Share | | Bookmark
Trip To BORNEO: Chapter 6 (Part 1) - Kudat to Kinabalu Park

 
 
Jeng jeng jeng...
Now we go to Kinabalu Park pulak...
Tapi ini baru intro jer...
Gambar yang lain lain tu kena tunggu part 2 la yer...
Tak lama.. kejap jer...
Hopefully you all tak boring la yer mengikuti trip to BORNEO ni...





Wednesday, 8-Nov-2006 04:10 Email | Share | | Bookmark
Trip To BORNEO: Chapter 5(Part 3)-Kudat~Pantai Bak-Bak

 
 
 
Dear all my fp members..
Sorry sebab terlalu lama sangat tak update my fp. Sampai ada yang komen asyik asyik bukak entry yang sama saja. Mintak maaf banyak banyak.

Bersempena masih berada dalam bulan Syawal ni, saya nak mohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan. Mungkin ada antara komen komen saya yang kurang menyenangkan malahan tidak menyenangkan langsung. Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Quote:
dR.ali: Sandakan, Tawau dan yang sewaktu dengannya di bahagian bawah tu saya tak tiba lagi.. Insya'Allah tiba kot satu hari nanti...
ciksue: terima kasih
pejal: Insya'Allah akan teruskan amik gambar kalau berpeluang...
strozze:
tab: bukan hujung dunia tapi hujung Malaysia sebelah Borneo
Gang Melaka: Wah.. kena pegikan jugak k satu hari nanti
nash: insan yang paling banyak komen, paling rajin visit my fp walaupun asyik tengok entry yang sama jer... sorry
phalinn: thanks
nunu: memang seronok dapat jalan jalan ni especially dengan orang yang kita sayang kan kan kan
Meorjay: thanks...
yudi: u must go to borneo one day... at least once in ur life
ct: thanks
Mazrul: thanks... banyak lagi nak kena belaja... selamat hari raye...
m.a.s.h.i.m.i.e.r.u.l: thanks and thanks
ein: jalan jalan memang best... kalau jalan sambil keje tu mungkin kurang sikit nikmat jalan jalan tu..
KNizam: thanks...
korok: Gunung Santubong kat Sarawak... Kat Sabah terkenal Gunung Kinabalu... entry ni dah nak tiba kat sana tau.. just follow..
Rafi: Memang jauh dan berbaloi... tempat yang tak pernah saya sangka akan tiba jugak akhirnya... Alhamdulillah nikmat alam yang Allah berikan...
aishifu: terima kasih
Rina K: Thanks to kak rina toooooooo....
mrazip: yang plus plus tu jangan la lebey lebey yer...
Jeff: thanks...
gee: tak tau nak jawab apa dengan soalan gee ni...
azura: mekacih...



Pantai Bak Bak, Kudat
Pantai ni lebih kepada tempat berehat sebelah petang bawak budak budak berjalan jalan, atau tempat nak berjoging pun boleh jugak


Ulam Rumpai Laut
Pernah try makan ulam rumpai laut tak? First time makan memang rasa pelik, sebab cara nak makan dia tak perlu rebus atau celur. Makan macam tu saja, cicah perahan air asam jawa (patah patahkan cili buat bagi pedas) perghhh memang best ... tapi jangan pelik pulak, rasanya memang masin ler sebab dia hidup dalam air laut kan...


Siput..? Belangkas...?
Haaa... siput ni pertama kali aku tengok orang jual kat Pasar Tamu. Sebelum ni memang tak pernah nampak kecuali cengkerang nya yang orang jual buat hiasan rumah . Masa kat sana aku tanya jugak la kat mak cik penjual tu macam mana nak makannya. Dia kata masak, lepas tu pecahkan cengkerangnya untuk dapatkan isinya... ish ish ish memang pelik... tak selera nak mencubanya walau di beri percuma
Belangkas tu biasa tengokkan... tapi aku tak pernah makan gak...


Wednesday, 4-Oct-2006 04:10 Email | Share | | Bookmark
Trip To BORNEO:Chapter 5 (Part 2)-Kudat~Tanjung Simpang Mengayau

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:
tab: Mekacih...
Korok: Mekacih jugak.
Ciksue: Mekacih lagi jugak
MSO&Farah: Follow jer entry Trip To Borneo ni... jauh lagi perjalanan tau...
Phalinn: Pergi jangan tak pergi. Cuti cuti Malaysia. Kalau nak pergi, amik cuti panjang yer...
rieyza: Jangan sampai sekali jer, sampaikanlah berkali kali lagi. Mesti tak menyesalkan...
azura:
za + za: La ye ke tak pernah gi longhouse! Best tau... dapat belajar dan tahu banyak perkara tentang adat mereka.
trey: TQ, TQ, TQ
POLINI'S PHOTOGRAPHY: TQ
ct: Mekasih
lei: TQ. Rumah tu memang best. Ada buat pakej homestay gak tau. Cuma saya je tak dapat naik ikut... banyak tempat lagi nak berjalankan
















[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net